BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melawati blog dkwah saya.Hasrat saya ialah saya hanya ingin menimbulkan kesedaran kepada seluruh hamba ALLAH di atas muka bumi ALLAH yang indah ini.Saya juga ingin memohon maaf kerana tidak banyak yang dapat saya sampaikan kepada anda semua.
Jika anda semua minat tentang dakwah ini,saya ada dakwah saya yang ke-2.Untuk melihatnya sila klik di sini

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Kebajikan itu ialah budi yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain" (Sahih Muslim)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Dan seorang yang bersentuhan dengan babi yang berlumuran dengan lumpur yang busuk lebih baik daripada bersentuhan dengan bahu wanita yang tidak halal baginya" (Riwayat Atthabarani)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Barangsiapa yang membaca selawat untukku dari umatku satu kali maka Allah akan mencatat untuknya 10 hasanat dan menghapus 10 dosa dan di naikkan 10 darjat dan di jawab atasnya sesuai dengan selawatnya." (Riwayat Ahmad)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah di hadapan dan seburuk-buruknya di belakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah di belakang dan seburuk-buruknya di hadapan." (Sahih Muslim)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

"Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah akan memberinya rahmat 10 kali (Allah akan berselawat padanya 10 kali)." (Riwayat Albaihaqi)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w bersabda, maksudnya:

Kalau orang yang lalu d hadapan orang yang sedang sembahyang mengetahui akan dosanya, nescaya ia lebih mengutamakan berdiri 40 tahun dari lalu di hadapan orang sembahyang (Sahih Muslim)

Hadis Rasulullah (S.A.W)

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Barang siapa sembahyang Isyak berjemaah seolah-olah ia telah sembahyang seperdua malam dan barang siapa sembahyang Subuh berjemaah seolah-olah ia telah sembahyang malam itu seluruhnya" (Riwayat Sahih Muslim)

Memindahkan Kubah Masjid Hanya Dengan Doa


Ingatlah wahai hamba ALLAH sekalian.Kita telah diberikan keistimewaan oleh ALLAH iaitu doa.Doa merupakan senjata terhebat bagi umat Islam.Gunakanlah dengan sebaik-baiknya.

Sejadah Solat


Lihatlah wahai hamba ALLAH sekalian.Sejadah pun mampu menunaikan solat.Kenapa tidak kita?Sejadah tidak mempunyai kaki,tangan,mahupun kepala.Kita cukup dengan itu semua,kenapa kita tidak mampu???

Nama ALLAH


Tahukah anda apakah bukti ALLAH itu wujud?Ianya ialah nama ALLAH.Kita boleh melihat nama ALLAH dimana-mana sahaja bahkan di atas bumi yang kita pijak ini juga ada nama ALLAH.Mana mungkin manusia mampu mengukir nama ALLAH di atas muka bumi ini.Fikirkan...

Tsunami dianggap sebagai kiamat kecil


Ada sebilangan manusia yang mengatakan bahawa tsunami itu merupakan kiamat kecil namun apa yang harus kita ingat ilah bahawa sesungguhnya kiamat itu sudah dekat...

Singa Mengaum Nama Allah


ingatlah kawan-kawan,sedangkan binatang mampu menyebut nama ALLAH apakan lagi kita.
Cuba kita kira,dalam sehari berapa kali kita menyebut nama ALLAH.